Tuesday, October 6, 2015

Sejarah Perpaduan Dan Integrasi Kaum




Seperti mana yang kita semua tahu semasa era pemerintahan British kerajaan Inggeris mengamalkan konsep pecah dan perintah ataupun dikenali sebagai divided and rule.Konsep ini merupakan resipi kejayaan pihak British dalam menjajah Tanah Melayu ketika itu.Ketika era penjajahan British kebanyakkan orang Melayu tinggal dikampung manakala orang India dan Cina yang dibawa masuk pihak British bagi mengerakkan ekonomi Tanah Melayu ketika itu disediakan kawasan penempatan masing-masing.Orang India kebanyakkan tinggal di estet dan orang Cina pula tinggal dikawasan bijih timah yang kemudiannya bertukar menjadi kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh.Selepas kejatuhan Jepun pada Ogos 1945,British kembali ke Tanah Melayu dengan dasar pemerintahan yang baru iaitu "Malayan Union".Konsep ini ditentang hebat penduduk Tanah Melayu ketika itu terutamanya Orang Melayu mereka menolak konsep ini sekeras-kerasnya.Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan oleh British bagi menggantikan konsep Malayan Union.Semasa ini telah wujud parti politik yang mewakil kaum yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu.Parti-parti ini memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pemerintah Inggeris.Ketika ini wujud kompromi antara parti politik dan kaum di Tanah Melayu sehingga terwujudnya Parti Perikatan ataupun dikenali sebagai Parti Barisan Nasional(BN) semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir.Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,terwujud pula Malaysia pada 16 September 1969 dengan kemaksukan Sabah,Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.Selepas beberapa tahun Singapura disingkirkan daripada Persekutan Malaysia.Selepas pilihan raya 1969 negara dilanda dengan rusuhan kaum yang terdahsyat sekali sehimgga kerajaan terpaksa mengistiharkan daurat.Selepas insiden ini berakhir kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dalam mengatasi masalah ketidakpuasan hati masyarakat bumiputera dalam sektor ekonomi.Sehingga kini kerajaan masih berusaha  untuk mengatasi masalah ini.Kerjasama antara kaum dapat kita lihat walaupun masih tidak seberapa kerana mencari kesamaan dalam perbezaan itu amat susah dari mencari kesalahan .

No comments:

Post a Comment