Saturday, October 10, 2015

PENGENALAN KUMPULAN



MUHAMMAD HANIF BIN ABDUL HAMID 16DET15F1001
MUHAMAD NURFIRDAUS BIN MAD RUSLI 16DET15F1005
MUHAMAD RAIHAN BIN MOHD RAZALI 16DET15F1007
HAZIQ BIN MOHD JAMALLUDIN 16DET15F1002

Wednesday, October 7, 2015

RUJUKAN


  • WIKIPEDIA
  • YOUTUBE
  • PORTALCIDOS
  • PORTAL JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI MALAYSIA

PENGAJARAN

Perpaduan & Integrasi Nasional adalah satu usaha dan proses penyempurnaan dgn menggunakan kaedah tertentu bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang beridentiti nasional serta mengamalkan norma-norma kehidupan bagi mengekalkan integrasi antara kaum dan etnik di Malaysia untuk menjamin kesinambungan tamadun bangsa Malaysia.

TAHAP-TAHAP INTEGRASI MALAYSIA


Tuesday, October 6, 2015

PROSES-PROSES INTEGRASI

Segregasi
 
  Pemisahan atau pangasingan antara  satu kumpulan etnik  dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara


Akomodasi
 
  Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik  menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing-masing.Dalam konteks negara,masyarakat Melayu,Cina,India dan etnik-etnik lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya dan norma kehidupan masing-masing sebagai contoh budaya rumah terbuka yang diamalkan setiap masyarakat ketika hari perayaan kaum masing-masing.

A + B + C = A + B + C
Akulturasi
 
  Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza.Kita dapat lihat akulturasi ini jelas diamalkan dalam masyarakat kita contohnya,kita dapat melihat budaya masyarakat India dalam masyarakat Melayu seperti bersanding,merenjis air mawar semua itu merupakan budaya masyarakat India.Kita juga dapat melihat masyarakat kita mengamalkan budaya orang Barat dalam kebanyakkan aspek sebagai contoh permakain tali leher.Budaya ini dibawa masuk ketika zaman Penjajahan British.
  A+B+C=A* + B* + C*
(*=budaya etnik lain yang telah diterima dan diolah dalam 
kebudayaan sendiri)

Asimilasi
 
  Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Proses ini amat boleh dilihat dengan ketara dalam masyarakat Cina di negeri Kelantan dan Terengganu.Masyarakat Cina disana mengamalkan budaya masyarakat Melayu seperti cara percakapan,pergaulan dan sebagainya.Mereka boleh dijadikan contoh dalam merealisasikan konsep "1 Malaysia"

 A + B + C = A



Amalgamasi

  Proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan campur), proses ini mewujudkan kelompok baru dengan budaya yang baru iaitu proses perpaduan yang melibatkan perkahwinan campur.Kita dapat melihat perkahwinan campur antara masyarakat Cina dan Melayu sehingga melahirkan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.Masyarakat ini merupakan contoh yang terbaik dalam memperlihatkan konsep Amalgamasi yang diamalkan dinegara kita.

                                           A + B + C = D













Masalah Perpaduan Dan Integrasi Kaum









Sejarah Perpaduan Dan Integrasi Kaum




Seperti mana yang kita semua tahu semasa era pemerintahan British kerajaan Inggeris mengamalkan konsep pecah dan perintah ataupun dikenali sebagai divided and rule.Konsep ini merupakan resipi kejayaan pihak British dalam menjajah Tanah Melayu ketika itu.Ketika era penjajahan British kebanyakkan orang Melayu tinggal dikampung manakala orang India dan Cina yang dibawa masuk pihak British bagi mengerakkan ekonomi Tanah Melayu ketika itu disediakan kawasan penempatan masing-masing.Orang India kebanyakkan tinggal di estet dan orang Cina pula tinggal dikawasan bijih timah yang kemudiannya bertukar menjadi kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh.Selepas kejatuhan Jepun pada Ogos 1945,British kembali ke Tanah Melayu dengan dasar pemerintahan yang baru iaitu "Malayan Union".Konsep ini ditentang hebat penduduk Tanah Melayu ketika itu terutamanya Orang Melayu mereka menolak konsep ini sekeras-kerasnya.Persekutuan Tanah Melayu diwujudkan oleh British bagi menggantikan konsep Malayan Union.Semasa ini telah wujud parti politik yang mewakil kaum yang terdapat di Tanah Melayu ketika itu.Parti-parti ini memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pemerintah Inggeris.Ketika ini wujud kompromi antara parti politik dan kaum di Tanah Melayu sehingga terwujudnya Parti Perikatan ataupun dikenali sebagai Parti Barisan Nasional(BN) semasa era pemerintahan Tun Dr.Mahathir.Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,terwujud pula Malaysia pada 16 September 1969 dengan kemaksukan Sabah,Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu ketika itu.Selepas beberapa tahun Singapura disingkirkan daripada Persekutan Malaysia.Selepas pilihan raya 1969 negara dilanda dengan rusuhan kaum yang terdahsyat sekali sehimgga kerajaan terpaksa mengistiharkan daurat.Selepas insiden ini berakhir kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dalam mengatasi masalah ketidakpuasan hati masyarakat bumiputera dalam sektor ekonomi.Sehingga kini kerajaan masih berusaha  untuk mengatasi masalah ini.Kerjasama antara kaum dapat kita lihat walaupun masih tidak seberapa kerana mencari kesamaan dalam perbezaan itu amat susah dari mencari kesalahan .

TAHAP INTEGRASI

Konsep Integrasi

Konsep integrasi merujuk kepada proses penyatuan semua aspek fizikal, sosial,ekonomi, politik termasuk aspek biologikal.
Aspek biologikal ialah kesanggupan pelbagai kumpulan etnik untuk berkahwin campur.

Namun tidak semua orang mesti berkahwin campur antara etnik memadai terdapat beberapa wakil yg sanggup untuk hidup bersama.
Ringkasnya

Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah daripada segi kebudayaan, sosial,ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik.




FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN & INTEGRASI NASIONAL


Penyeragaman Sistem Pendidikan 

(Melalui dasar-dasar Pelajaran)

Untuk memupuk perpaduan antara kaum dinegara Malaysia seperti mana yang kita semua tahu pendidikan merupakan alat utama dalam merealisasikan dasar Integrasi dan Perpaduan Nasional biarlah sesuatu dasar itu dilaksanakan daripada akar ubin 
 •Sistem pendidikan seragam dan menyeluruh memudahkan pihak pemerintah melaksanakan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan dalam arena pendidikan.Ini dapat menyekat pengaruh negatif dan berbau perkauman dalam sistem pendidikan negara.



Penyatuan Fahaman Politik
•Pengggabungan fahaman politik antara kaum dilihat langkah yang terbaik dalam memantapkan integrasi dan perpaduan nasional antara rakyat Malaysia.Walaupun parti-parti politik ini tidak bergabung secara menyeluruh tetapi mereka tetap bersatu dan tolong-menolong kerana bercerai kita roboh,bersatu kita teguh.Selain itu,parti-parti politik di semenanjung tidak mengenepikan parti-parti politik yang berada  di Sabah dan di Sarawak.Ini terbukti dengan kewujudan Parti Barisan Nasional yang menggabungkan semua parti politik yang terdapat di Malaysia.





                            Integrasi Ekonomi
-Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan dasar serampang dua mata.Ini kerana dasar ini bukan sahaja bermatlamatkan untuk membangunkan ekonomi penduduk Malaysia tetapi juga merupakan strategi kerajaan dalam memantapkan integrasi dan perpaduan selepas tercetusnya rusuhan kaum yang dahsyat iaitu "Peristiwa 13 Mei 1969".Dasar ini merupakan satu langkah yang tepat bagi mengurakan rasa ketidakpuasan hati kaum di Malaysia terutamanya Bumiputera.Dasar ini sangat tepat untuk memadamkan nyalaan api yang kecil dan suara sumbang dalam mencapai integrasi nasional.
                         Peranan Media Massa
-Dapat mengurangkan jurang maklumat yang terjadi dalam kalangan penduduk luar bandar.Ini dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami berbagai-bagai nilai dan simbol Negara bukanya hanya mengikut cakap orang dan menjadi katak dibawah tempurung sahaja ataupun pak turut  dalam semua perkara tidak mampu bangun untuk melontarkan pandangan kerana kurangan pengetahuan tentang isu semasa dan apa yang sedang berlaku.

KEMASYARAKATAN & PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Konsep Perpaduan
Proses perpaduan merujuk kepada penyatuan masyarakat dalam semua aspek kehidupn seperti fizikal, ekonomi, politik dan sosial.
Perpaduan rakyat merupakan satu proses yang mesti dititikberatkan dalam penyusunan strategi pembangunan dan pentadbiran negara supaya mampu kekal dan pertahankan kebebasan di samping membangunkan ekonomi sebagai sebuah negara berdaulat.


Perpaduan penting bagi negara yang mempunyai kepelbagaian  etnik, bahasa, agama, budaya seperti Malaysia.
Keutuhn sesebuah negara bergantung pada keharmonian sosial yang boleh wujudkan kestabilan politik yang membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara.