Tuesday, October 6, 2015

PROSES-PROSES INTEGRASI

Segregasi
 
  Pemisahan atau pangasingan antara  satu kumpulan etnik  dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara


Akomodasi
 
  Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik  menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing-masing.Dalam konteks negara,masyarakat Melayu,Cina,India dan etnik-etnik lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya dan norma kehidupan masing-masing sebagai contoh budaya rumah terbuka yang diamalkan setiap masyarakat ketika hari perayaan kaum masing-masing.

A + B + C = A + B + C
Akulturasi
 
  Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza.Kita dapat lihat akulturasi ini jelas diamalkan dalam masyarakat kita contohnya,kita dapat melihat budaya masyarakat India dalam masyarakat Melayu seperti bersanding,merenjis air mawar semua itu merupakan budaya masyarakat India.Kita juga dapat melihat masyarakat kita mengamalkan budaya orang Barat dalam kebanyakkan aspek sebagai contoh permakain tali leher.Budaya ini dibawa masuk ketika zaman Penjajahan British.
  A+B+C=A* + B* + C*
(*=budaya etnik lain yang telah diterima dan diolah dalam 
kebudayaan sendiri)

Asimilasi
 
  Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Proses ini amat boleh dilihat dengan ketara dalam masyarakat Cina di negeri Kelantan dan Terengganu.Masyarakat Cina disana mengamalkan budaya masyarakat Melayu seperti cara percakapan,pergaulan dan sebagainya.Mereka boleh dijadikan contoh dalam merealisasikan konsep "1 Malaysia"

 A + B + C = A



Amalgamasi

  Proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan campur), proses ini mewujudkan kelompok baru dengan budaya yang baru iaitu proses perpaduan yang melibatkan perkahwinan campur.Kita dapat melihat perkahwinan campur antara masyarakat Cina dan Melayu sehingga melahirkan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.Masyarakat ini merupakan contoh yang terbaik dalam memperlihatkan konsep Amalgamasi yang diamalkan dinegara kita.

                                           A + B + C = D













Masalah Perpaduan Dan Integrasi Kaum









1 comment:

  1. Bovegas Launches Mobile Casino App for South African Customers
    Bovegas has announced that 익산 출장샵 it has launched an exclusive mobile 거제 출장샵 casino and sports 창원 출장샵 betting application for South 시흥 출장안마 African players. 거제 출장안마 The operator said:.

    ReplyDelete