Segregasi
Pemisahan atau pangasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik
yang lain dalam sesebuah negara
Akomodasi
Proses menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya masing-masing.Dalam konteks negara,masyarakat Melayu,Cina,India dan etnik-etnik lain tetap mengamalkan dan mempertahankan budaya dan norma kehidupan masing-masing sebagai contoh budaya rumah terbuka yang diamalkan setiap masyarakat ketika hari perayaan kaum masing-masing.
A + B + C = A + B + C
Akulturasi
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari satu kebudayaan lain yang berbeza.Kita dapat lihat akulturasi ini jelas diamalkan dalam masyarakat kita contohnya,kita dapat melihat budaya masyarakat India dalam masyarakat Melayu seperti bersanding,merenjis air mawar semua itu merupakan budaya masyarakat India.Kita juga dapat melihat masyarakat kita mengamalkan budaya orang Barat dalam kebanyakkan aspek sebagai contoh permakain tali leher.Budaya ini dibawa masuk ketika zaman Penjajahan British.
A+B+C=A*
+ B* + C*
(*=budaya etnik lain yang telah diterima dan diolah dalam
kebudayaan sendiri)
Asimilasi
Proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.Proses ini amat boleh dilihat dengan ketara dalam masyarakat Cina di negeri Kelantan dan Terengganu.Masyarakat Cina disana mengamalkan budaya masyarakat Melayu seperti cara percakapan,pergaulan dan sebagainya.Mereka boleh dijadikan contoh dalam merealisasikan konsep "1 Malaysia"
A + B + C = A
Amalgamasi
Proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi (perkahwinan
campur), proses ini mewujudkan kelompok baru dengan budaya yang baru iaitu
proses perpaduan yang melibatkan perkahwinan campur.Kita dapat melihat perkahwinan campur antara masyarakat Cina dan Melayu sehingga melahirkan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka.Masyarakat ini merupakan contoh yang terbaik dalam memperlihatkan konsep Amalgamasi yang diamalkan dinegara kita.
A + B + C = D
Masalah
Perpaduan Dan Integrasi Kaum